online counter

08 Ogos 2010

0 Vignette Tanpa PC Editing

Mengkreatifkan dirilah konon ni. Tengoklah yang di bawah ni. Beginilah caranya, yang di hujung hood tu...

Letak CD kat hujung hood tu, kebetulan muat kat hood aku ;)

Dengan lubang CD kecik ni, vignette akan terhasil apabila bukaan aperture dimaksimumkan, agak-agak lens aku F2.0, jadi la vignette tu. Contohnya seperti foto di bawah ni. 
Cikgu Razali | Foto ni untuk contoh, color asli tanpa bantuan komputer kecuali tambahan teks dan saiznya dah aku kecilkan.
Satu hal lagi, yang background blur tu nampak dalam bentuk lingkaran seperti radial spin blur. Mungkin sebab permukaan CD tu dalam bentuk lingkaran, aku tak pasti sangat (kau semua jangan tertipu).
Bukan setakat ni sahaja, apabila aperture diminimumkan lain pula jadinya. Hasilnya akan timbul black frame yang berbentuk bulatan macam dalam gambar di bawah ni..
Black frame pada aperture F5.6
Aku pernah uji snap foto di bawah cahaya matahari dan permukaan CD yang macam mirror tu aku letak kat sebelah luar, foto susah nak jadi, adakala hasilnya foto kelihatan dreamy, adakala timbul jalur-jalur cahaya pelangi. Aku masih tengah menguji, banyak foto dreamy seperti di bawah ni, subjek tak nampak jelas.

Ujian pada aperture tahap bokeh di bawah sinar matahari

Setakat ni sahaja, kamu cubalah sendiri kalau sudi dengan idea murahan yang mengada ni. Jika ada sebarang idea berkaitan silalah kongsikan dengan aku. Sharing is Caring kan? 
 
Ok, aku chau dulu.. Until next time



0 Komen: