online counter

09 Ogos 2010

3 Ramai Staf Pejabat Langgan Insurans Mulut

Kaki gosip, mengumpat, kutuk mengutuk, cakap belakang, fitnah, kritikan dan macam-macam lagi. Semuanya boleh kerana mereka ni ramai yang ada insurans mulut. Agaknya ;))

Aku pun hairan juga, kenapa tak habis-habis aktiviti umpat-mengumpat ni. Adakah sebagai hobi, minat, isi masa lapang atau pun memang busuk hati? Aku sendiri sering menjadi
audien kepada mereka yang berinsurans mulut ni.

Aku suka layan juga. Cuma, aku hanya jadi pendengar sambil mengkaji apa puncanya dan ingin menjawab persoalan tadi (hobikah, minatkah, lapangkah, busuk hatikah?). Mungkin sebab aku ni spoting, akhirnya aku jadi orang tengah. Orang tengah maksudku bukanlah pendamai, tapi cuma sebagai audien.

Si A mengata si B, si B mengata si A. Yang lebih melucukan, si A dan si B boleh bergaul dan berkongsi cerita tentang gosip orang lain. Padahal disebalik tu, haha.. (Shhh.. audien tau ya, keep secret). 

Belum lagi cerita mengenai si C. Si C ni pula lagi satu jenis manusia. Wataknya mirip  watakku juga iaitu sebagai orang tengah dan audien. Tapi bukan sekadar audien, bahkan pengulas yang hebat. Si C akan menyokong penuh si A ketika bercerita tentang si B dan juga sebaliknya ketika bercerita bersama si B. Watak C ni tak kisah sangat, sekadar mengiyakan. Namun, ada juga satu jenis watak lagi, si D yang suka menokok tambah. Apa tu orang tua cakap pasal talam tu? Ya, yang macam tu.

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi. Aku nak pendekkan cerita. Punca cakap belakang bukanlah sekadar mengisi masa lapang atau busuk hati sahaja. Ada punca lain, misalnya ;




  1. Berdendam kerana sudah lama memendam rasa sakit hati yang terkumpul.




  2. Kecik hati sebab sesuatu, tapi tak berterus terang kemudian cakap banyak dengan orang lain (keluar semua cerita keburukan).




  3. Tidak puas hati, beban tugas yang banyak dan sering tidak mendapat kerjasama daripada rakan setugas,




  4. Sah dia benci sangat dengan perwatakan orang tu tapi dia tak tegur, asyik nak cakap belakang juga (agaknya supaya ada bahan cerita dengan orang lain).




  5. Ingin menunjukkan bahawa dirinya terbaik daripada orang lain (nak kena promosi naik pangkat, busuk hati juga ni).
Kesimpulannya, bagaimana nak selesaikan? Rasanya tiada cara yang berkesan, melainkan mereka sedar sendiri. Semoga mereka sedar agar telingaku tak panas mendengar cerita mengarut dan mengada tu. Lagi pula, sebagai watak C atau lebih drastik si D, janganlah suka jadi macis kerana macis tu boleh bakar rokok, berasaplah rokok tu nanti.. ;-)

Aku tak berniat menyinggung perasaan mana-mana pembaca yang juga dah melanggan insurans mulut ni. Realitinya, di mana-mana tempat kerja pun ada perkara ni. Tapi aku harap korang boleh jadi cool macam aku. hehe.. Dan akhirnya aku pun dah main Cakap Belakang bila meluah kat blog ni tapi belum melanggan insurans mulut. habislah aku... +_+

3 Komen:

MSS LaWLiET berkata... [Layan!]

Ha2.. Napa macam gantung ja cerita mu ni.. Cepat lengkapkan, ha3

MRS Sufyan SHIeZAN berkata... [Layan!]

hahaha.. kak rasa yg ramai melanggan insurans neh kaum hawa laa,endapalah.. eh jgn melaburlah insurans mulut neh dik.. enda bagus.. hahaha..

Sharif Asri Sharif Al-am berkata... [Layan!]

kepada MSS, "ekceli aku terpublish ni. ada beberapa hari dalam simpanan pelan2 menulis. alang2 terus selesaikan"

kemudian berkata kepada kak shizan, "hehe.. memang nda bagus ba ni kak. makin banyak bercerita makin membara di hati. tu yg nda habis2 ceta tu".