online counter

10 Ogos 2010

2 Mengumpul Memori Manis Hingga Saat Ketelanjuran

Perkara lazim bagi pasangan bercinta. Semuanya jadi indah sehingga ada yang kata cinta bagaikan syurga. Aku tak pandai berjiwang, cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Zaman sekarang ni, seringkali aku melihat dan mendengar perkhabaran mengenai
pembuangan bayi.



Banyak kes yang sepatutnya jadi teladan tetapi ada juga yang tak ingin sedar lagi. Aku tertanya-tanya juga, kenapa asyik berlaku juga masalah tu sedangkan sudah banyak kes yang sewajarnya menjadi pengajaran. Adakah mereka ini mempunyai masalah mental lalu tidak boleh berfikiran waras? Atau adakah mereka tidak melihat atau mendengar isu-isu yang terpapar di media lalu masih tidak sedar kemungkinan berlaku kesilapan.


Aku beranggapan bahawa mereka ni mempunyai fikiran yang waras, melihat dan mengikuti isu yang terpampang di media.


Kes Pertama: Pasangan kekasih yang memang tak waras. Bermasalah sosial dan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Mereka ini merupakan golongan yang profesional dalam semua perkara yang bertajuk terlanjur ni serta profesional dalam aspek membuat dosa. Namun, akhirnya suatu hari kepakaran mereka dalam aspek ni membawa padah. Jangan fikir diri tu profesional sangat, akhirnya tersalah langkah juga ;)) Apa tu orang cakap tentang Tupai tu? lebih kurang macam tu, pandai juga terjatuh walaupun terer melompat.
 
Kes Kedua: Yang ni tajuk utama. Kisah ini dimulakan dengan pertemuan dua insan yang akhirnya menjadi pasangan kekasih. Kedua-dua mereka bangga dengan pasangan masing-masing. Si jejaka gembira mempunyai kekasih seperti si gadis seorang yang menarik, malah cantik pula. Bagi si gadis pula kekasihnya seorang yang baik, lemah lembut bahkan macho pula tu (konon).
Dah mereka ni semakin hari semakin sayang, sehingga mula bermanja-manjaan dan bersayang-sayangan. Kebiasaannya, mula daripada berpegangan tangan. Kemana-mana pun asyik berpimpin tangan. Seterusnya tak cukup, lepas tu nak cium sana sini pula. Sehinggalah ke peringkat lain, mula raba sana raba sini.  Bagi mereka yang masih tersedar, mungkin mereka akan berhenti pada tahap ni sahaja. Kononnya cuma ringan-ringan saja.


Namun, memori tu telah pun tersemat di kepala otak mereka. Betapa indah dan seronoknya bila berkasih-kasihan dengan pasangan mereka. Hari demi hari ketika bertemu mereka sering ingin mengulangi memori indah tersebut. Kata mereka, tak mengapa cuma ringan-ringan. Namun tidak sedar semakin lama perbuatan mereka itu akan membawa ke tahap seterusnya dan membawa kemajuan dalam perhubungan mereka. Kata hati yang mulanya cuma mengiyakan perbuatan yang ringan sahaja kini mengiyakan pula kelakuan yang lebih berat.
Sekadar gambar hiasan. (fulamak)..


Akibat nafsu yang dah melahap-lahap hingga jantung pun berdegup-degup nak pecah, mereka lupa dan khayal hinggakan terlupa akan kos yang perlu mereka bayar nanti (tiada kaitan dengan sewa hotel),  walaupun pada mulanya mereka sentiasa cuba untuk mengelakkan perkara tersebut.


Aku malas nak cakap banyak, inilah kisah disebaliknya. Sekadar nak mengingatkan, jangan terlalu yakin pada kekuatan diri kerana kita manusia tidak ada kesempurnaannya. Oleh itu, jangan sekali-kali mengumpul memori manis yang boleh memesongkan ni.  Pandai-pandailah bersabar.

Si jejaka atau pun si gadis, sama-samalah mengingatkan pasangan masing-masing sekiranya salah seorang ingin memulakan perkara sebegini walaupun sekadar  ‘ringan-ringan pada mulanya’. Kalau dah tak tahan, wajiblah berkahwin sahaja.

Sekadar gambar hiasan


Ingatlah. Jika kau pilih jalan ini, kau mulai keindahan yang akhirnya kau tangisi~
Adakala jalan singkat merugikan!

2 Komen:

SizZLing SuZai berkata... [Layan!]

astaghfirullahalazim..
alemmakkk..mcm pompuan tu jer
yg berlebih lebihan..
(>___<) MALUnyeerrr..
sy juge makhluk yg lemah,
minta kt dijauhkan..amin..

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

sbb tu dua2 jgn bg komitmen ke arah yg negatif ;)