online counter

11 Disember 2009

0 Masalah Seksual Salah Kaum Adam atau Hawa?

Perbahasan di antara kaum Adam dan Hawa berkenaan isu ni, ada yang mengatakan puncanya adalah daripada kaum Adam. Ada pula yang menyalahkan kaum Hawa. Tapi bagi aku, boleh jadi berpunca daripada
kaum Adam atau sebaliknya, kaum Hawa.

Kesalahan kaum Adam; nafsu tahap sawan, suka menurut hati, gagah berani dan hati jahat.
Kesalahan kaum Hawa; suka mendedah dan terdedah, mudah berlembut dan mudah diperdaya.
Ada kesinambungan daripada kedua-dua kesalahan tu. Namun adakalanya;
Bukan salah kaum Adam apabila terlalu banyak pameran percuma bahkan merata-rata tempat sedangkan kaum ini diciptakan dengan nafsu sehingga ada yang bertindak nekad.
Bukan salah kaum Hawa apabila dianiaya oleh kaum Adam yang bersifat durjana walaupun dia tidak pernah mendedahkan atau terdedah.
Kesimpulannya siapakah yang bersalah? Masih sukar untuk dikatakan. Kedua-duanya ada yang bersalah ada juga yang tidak bersalah.

0 Komen: