online counter

01 September 2009

0 ERTI KONVO 2008:Luangkan Sedikit Masa, Kawan

Musim konvokesyen bersama kawan-kawan di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2008. Makna konvo bagi aku dan kawan-kawan merupakan hari terakhir bagi kami menamatkan zaman kegilaan kami. Banyak perkara yang menjadi kegilaan yang akan kami tinggalkan. 


Ada sesiapa yang kata kami gila, kurang matang, kebudak-budakan? Biarlah. Kami menikmati erti hidup. Kami tak pernah berhenti gembira.

Konvo juga seumpama sebuah majlis perpisahan yang secara meriah bersama kawan-kawan, majlis perpisahan dengan institut yang tercinta, perpisahan dengan pensyarah-pensyarah kami. Oleh itu ia merupakan hari yang sangat bermakna bagiku, membawa kegembiraan dan kesedihan. 

Ada sesiapa lagi yang punya majlis konvo santai macam kami?
Konvo seumpama suatu titik noktah untuk memulakan ayat yang baru, perenggan baru atau pun sama sekali tajuk yang baru. Tidak pasti adakah dapat memulakan penulisan baru yang lebih menarik. Satu tajuk yang baru akan dihasilkan, menarik tetapi tidak ada kesinambungan lagi. 

Jelas sekali, aku merasakan sebuah cerita baru dalam hidupku dan kisah yang lama itu akan terus dalam ingatan aku. Ini kenangan indah.

Semoga berjaya dalam menempuh hidup Kawan~

0 Komen: