online counter

14 Ogos 2010

2 Edit Foto Ciri Retro

Dah aku lepak sendiri di rumah, hujung minggu dan lapar pula tu. Entah apa nak buat sempena menunggu waktu berbuka puasa. Band Febian kata penantian itu suatu penyeksaan. Jadi, aku keluarkan mainan aku sebagai cara melupakan penantian tu. Lepas tu mulalah snap foto entah apa-apa entah. Dah tiada muka orang yang boleh aku tembak maka inilah foto mengarut yang terhasil. Dengan lost quality lagi almaklum cara upload yang termampu sebagai seorang pengguna broadband.

Foto Asal | Yang tu tangan aku. Masa ni tiada manusia yang ada dengan aku. Kononnya foto ni nak letak teks "andaiku mampu capai awan di langit" atau "if i could reach the sky" atau seumpamanya. Kemudian buka kat Photoshop dan letak teks, aku lucu sendiri tengok hasilnya terutama kata-kata tu. Rupanya aku dah mengarut banyak sangat ;)) seperti Mat Jiwang rasanya.

Foto Retro | Sebab bosan, aku teruskan bermain dengan Photoshop. Aku tak tau buat apa dengan foto tu. Oleh kerana aku suka color ala-ala retro, aku editlah macam ni. Tapi rasanya foto asal tu lagi OK. Adakalanya terdapat beberapa suasana yang tak sesuai nak edit gaya retro. Tak puas hati dengan editing ni!  >:(

Aku cari pula foto mengarut yang seumpama ni lagi. Semua foto praktis yang sah-sah tangan aku jadi mangsa sebagai model. ;))
Foto Asal | Kali ini giliran foto bokeh mengarut
Foto Retro | Akhirnya buat macam ni
Dan akhirnya sedikit masa lapang dipenuhi pada hari ini,  ketika bermain-main dengan Photoshop. Tapi aku nak tau juga pandangan orang, yang mana lebih menarik antara foto asal dan foto retro ni. ???

foto Retro seperti foto kenangan di mataku~
Aku banyak mengarut hari ni ;))

2 Komen:

MRS Sufyan SHIeZAN berkata... [Layan!]

uinaahh aura super sanya kah tuh.. hihi

AKU is AKU berkata... [Layan!]

itu adalah lampu2 indah nun di sana yang diblurkan oleh lensku. kemudian aku ajukan tanganku supaya kelihatan seperti aura super saiya yg keluar dri tangan. hahaha(perasan hebat ni)