online counter

28 April 2010

2 Dari Musician Ke Photography

Al-kisah, ada seorang budak Musician yang minat tahap sawan dengan seni muzik ni. Sangkutlah juga jadi drummer dalam beberapa band tu.

Nak lari tajuk sikit, entah dah beberapa band yang dia pernah join. Di bawah ni adalah sedikit foto kenangan mengenai dia.
1st band aku suatu ketika dahulu.. gerakan bawah tanah, hell yeah!! ;))

Band santai yang agak sempoi ketika dahulu

Enjoy time

Cerita ni berkaitan dengan aku. 

Nak dipendekkan cerita, sebagai pencinta muzik, aku suka sangat melihat seni grafik yang berkaitan dengan muzik.

Daripada metal, gothic, emo, indie, retro, street graffiti. Asalkan ada nilai muzik, aku akan suka! Semua tu aku suka, sehingga aku pun rasa nak hasilkan grafik seumpama tu dengan tangan aku sendiri.

Satu hal yang aku tak puas hati bila grafik yang aku hasilkan tu tak berkualiti langsung!. Memang tak jadi seperti yang aku mimpi-mimpikan.

Antara foto tak berkualiti yang aku buat pertama kali dahulu. Lucu tahap sawan ni Bro!


Akhirnya, aku buat keputusan untuk angkat sebijik DSLR yang bercop Canon tu, announce pada tahun 2008. Model tak payah sebut la, sah-sah yang beginner punya dah masa tu  aku orang baru belajar. Jadi, bermulalah cerita aku sebagai novice photographer mula pada hari tu.
...Akan bersambung, entah bila.


2 Komen:

Alfian Jamjin berkata... [Layan!]

mcm ku knl y main drum tu..boss ku ba tu..mr fazli aka retired soldier..keh²..geng² IR ba sni ni..hahaha

Sasa Al-Sharif berkata... [Layan!]

baru ko tau tu. haha..