online counter

11 Disember 2009

0 Masalah Seksual Salah Kaum Adam atau Hawa?

Perbahasan di antara kaum Adam dan Hawa berkenaan isu ni, ada yang mengatakan puncanya adalah daripada kaum Adam. Ada pula yang menyalahkan kaum Hawa. Tapi bagi aku, boleh jadi berpunca daripada

06 November 2009

0 Kawan adalah Kawan

Apakah bangang sangat tajuk entri aku ni. Ok, aku tak tau nak tulis apa tapi nak apdet.
Lepak bersama Awek-awek Kedah, geng mata lebam. Penuh celak gua cakap lu!! Nasib baik ada kelas, semua kontrol ayu

Kenangan lepak sebelum pergi berperang. Best la sangat siap nak rakam aksi peperangan zaman muda

Kenangan bersama kawan tahun 2008...


04 November 2009

0 AKU NAK JADI BLOGGER


Aku tak minat sangat nak buat penulisan tapi aku suka kongsi sesuatu dengan semua orang dan yang paling penting boleh bermonolog sorang2. Banyak perkara yang aku nak kongsikan tapi adakala melalui lisan tidak memadai rasanya.

Apakah maksud blogger? Aku tak tau.
Sejak dulu-dulu asyik jadi blogger yang tak aktif dengan blog sebagai tempat aku  bermonolog. Yang ni buat blog baru pulak. Entah-entah jadi macam dulu2 juga. Hangat2 taik ayam.. Sekian

01 September 2009

0 ERTI KONVO 2008:Luangkan Sedikit Masa, Kawan

Musim konvokesyen bersama kawan-kawan di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2008. Makna konvo bagi aku dan kawan-kawan merupakan hari terakhir bagi kami menamatkan zaman kegilaan kami. Banyak perkara yang menjadi kegilaan yang akan kami tinggalkan. 


Ada sesiapa yang kata kami gila, kurang matang, kebudak-budakan? Biarlah. Kami menikmati erti hidup. Kami tak pernah berhenti gembira.

Konvo juga seumpama sebuah majlis perpisahan yang secara meriah bersama kawan-kawan, majlis perpisahan dengan institut yang tercinta, perpisahan dengan pensyarah-pensyarah kami. Oleh itu ia merupakan hari yang sangat bermakna bagiku, membawa kegembiraan dan kesedihan. 

Ada sesiapa lagi yang punya majlis konvo santai macam kami?
Konvo seumpama suatu titik noktah untuk memulakan ayat yang baru, perenggan baru atau pun sama sekali tajuk yang baru. Tidak pasti adakah dapat memulakan penulisan baru yang lebih menarik. Satu tajuk yang baru akan dihasilkan, menarik tetapi tidak ada kesinambungan lagi. 

Jelas sekali, aku merasakan sebuah cerita baru dalam hidupku dan kisah yang lama itu akan terus dalam ingatan aku. Ini kenangan indah.

Semoga berjaya dalam menempuh hidup Kawan~

03 Februari 2009

0 AKU NAK BERKONGSI SEMUA YANG MENARIK

Testing saja :-)